
Tanjung Malim, 13 Februari 2025 – Teruja dengan keindahan kampus dan kemudahan yang dimiliki Universiti Pendidikan Sultan Idrius (UPSI), Ahad lalu universiti pendidikan ulung tanah air itu menerima lawatan 38 pelajar dari Bandung, Indonesia.
Pengarah Pusat Ulul Albab, Dr Sakinah Salleh berkata lawatan pelajar-pelajar dari negara OIC (Indonesia) ke UPSI itu dibuat untuk memeberi pendedahan kepada mereka destinasi pengajian mendatang terutamanya di UPSI.
Sempena lawatan pelajar dari Sekolah Islam Terpadu, Bandung itu, mereka yang iiringi guru Pak Muis, Pak Sugi , Ibu Tanty berkesempatan melawat sekitar kampus bersejarah, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.
Deligasi pelajar itu diketuai oleh Special Advisor, Cambridge International Examination, University Of Cambridge UK, Board Of Governors Al-Hamra Integrated School, Prof Dr Hasni Mohamed.

Prof Dr Hasni Mohamed berpeluang melawat persekitaran Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang mempunyai banyak bangunan bertaraf warisan dan Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City yang terkenal dengan kecantikan panoramanya.
Beliau yang mengusahakan konsep wakaf pendidikan juga mengucapkan terima kasih kepada Pusat Ulul Albab yang turut menyantuni lawatan tidak rasmi ini dalam masa singkat dan cuti mingguan itu.

Penyelaras CAPEU, Sasigaran Moneyam yang memberi taklimat berkata UPSI terkenal keindahannya kerana terletak di pinggir Banjaran Titiwangsa.
“UPSI menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif sekali gus menjadi tarikan untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian di universiti pendidikan ternama di Malaysia ini,” katanya.

Hadir sama meraikan deligasi , Pengarah Pusat Ulul Albab, Dr Sakinah Salleh; Timbalan Pengarah Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC), Dr Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin. serta Timbalan Pendaftar, Musa Jaafar.

