Program

Bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan, Pusat Ulul Albab menggariskan 5 program utama sebagai teras indeks prestasinya, selain turut melaksanakan program-program lain yang berkaitan dengan objektif. Lima program teras yang dimaksudkan ialah :

1. Program Utama :

  • Program Ulul Albab Peringkat 1 (Program Perjumpaan Mingguan)
    • Pelajar-pelajar yang telah menjadi ahli Kelab Sahabat Ulul Albab perlu mengikuti Program Perjumpaan Mingguan (PM). Perjumpaan Mingguan merupakan program teras yang wajib diikuti oleh pelajar bagi melayakkan mereka untuk mengikuti ke peringkat seterusnya  , Peringkat ke 2(Traning of Trainers) . Bagi setiap perjumpaan, pelajar didedahkan dengan pelbagai topik yang disampaikan oleh Sahabat  Ulul Albab dan panel yang dilantik oleh Pusat Ulul Albab. 
  • Program Ulul Albab Peringkat 2 (Training of Trainers)
    • Pelajar-pelajar yang menunjukkan komitmen yang tinggi dan kehadiran yang telah ditetapkan pada Peringkat pertama, akan mengikuti Peringkat ke 2 iaitu Training of Trainers. Mereka juga akan diberi projek khas untuk melayakkan mereka ke Peringkat ke 3.
  • Program Ulul Albab Peringkat 3 (Sangkutan)
    • Program ini ditawarkan  kepada pelajar-pelajar yang telah melepasi Peringkat 2 dan berketrampilan serta menunjukkan minat yang tinggi untuk mengikuti program Ulul Albab. Program sangkutan ini  diadakan di dalam dan di luar negara untuk mendapatkan pengalaman, suasana dan budaya yang berbeza dan baharu. 

2. Program Pensijilan Profesional Ulul Albab

Program Pensijilan Profesional Ulul Albab merupakan program yang bersifat lebih formal dan berstruktur di mana peserta akan mengikuti modul-modul ulul albab iaitu Quranik, Esiklopedik dan Ijtihadik secara berperingkat dalam tiga tahap iaitu peringkat asas, pertengahan dan lanjutan. Setiap tahap akan dilaksanakan selama tiga hari.

Program ini akan dibimbing oleh sekumpulan “Talent Pool” atau jurulatih yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UPSI dari pelbagai fakulti yang telah melalui proses latihan dan bimbingan secara terus daripada Panel Ulul Albab UPSI.

3. Modul Kemahiran Ulul Albab

Modul Kemahiran Ulul Albab ini menfokuskan pengetahuan, kemahiran dan penghayatan yang mendalam kepada kumpulan sasaran dalam mencapai penguasaan yang menyeluruh terhadap tiga komponen utama Ulul Albab: Quranik, Esiklopedik dan Ijtihadik. Dengan bimbingan oleh jurulatih dan fasilitator berpengalaman serta terlatih dari Pusat Ulul Albab UPSI, Modul Kemahiran Ulul Albab ini menyediakan program latihan yang menepati keperluan pelanggan kami.

4. Design Firdaus

Design Firdaus merujuk kepada ikon generasi muda iaitu “Firsdaus Imtiaz” yang digambarkan sebagai seorang pemuda yang mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Program ini berhasrat untuk melahirkan individu-individu muslim yang mempunyai ciri-ciri Haffaz 30 Juzuq Al-Quran bergraduasi dari universiti dunia (Ivy League) dan diperingkat tertinggi (PHD) berupaya mengusai 4 ke 5 bahasa berakhlak mulia, mempunyai ketokohan dalam kempimpinan diperingkat antarabangsa dan bekerja atau mempunyai syarikat multinasional yang tersohor.

5. Neuro Linguistic Programming (NLP)

NLP adalah satu kaedah mengurus minda bagi pencapaian hebat. Ianya ialah salah satu seni dan sains kecemerlangan diri dan dikatakan sebagai teknologi paling “ADVANCED” di planet ini.

Tarbiah Murabbi merupakan program yang mengaplikasikan NLP bermatlamat untuk mentransformasi pemikiran sekaligus membentuk personaliti dalam diri mahasiswa dan melonjakkan kecemerlangan mahasiswa kepada Pelajar Kelas Pertama.

asdw asdw