SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG PUSAT ULUL ALBAB UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Laman Sesawang Pusat Ulul Albab UPSI telah dapat dilayari untuk tatapan umum. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan laman sesawang ini.
Pusat Ulul Albab UPSI secara rasminya telah ditubuhkan pada 28 Disember 2017. Di peringkat institusi pengajian tinggi, UPSI merupakan satu-satunya universiti yang pertama di Malaysia yang menubuhkan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) khusus yang melaksanakan program-program Ulul Albab kepada semua pelajarnya, bermula dengan pelajar baharu pada setiap sesi kemasukan.
Melalui penerapan tiga komponen Ulul Albab, iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik, yang disesuaikan dengan senario pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi, UPSI sebagai Universiti No.1 Pendidikan berhasrat melahirkan graduan yang mempunyai nilai tambah serta berbeza dengan produk universiti lain, selaras dengan hasrat kepimpinan baharu di peringkat negara bagi mendepani cabaran masa kini.
Adalah diharapkan, semoga dengan penghasilan Laman Sesawang Pusat Ulul Albab ini, akan dapat memberikan gambaran yang jelas dan komprehensif mengenai pusat ini, khususnya dalam penghasilan Khalifah Profesional di kalangan graduan Ulul Albab UPSI.
Sekian, terima kasih.
PROF DR. ABDUL HALIM BIN ALI