Mengenai Kelab Sahabat Ulul Albab(KeSUA)

Kelab ini ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan terbuka kepada semua mahasiswa mahasiswi UPSI yang berminat. Ia bertujuan bagi menyokong serta mendokong visi Pusat Ulul Albab yang ingin melahirkan mahasiswa/i UPSI yang mempunyai pengetahuan dari aspek Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik.

Antara fungsi KeSUA adalah:

  • Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah terutamanya untuk membantu kecemerlangan UPSI dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang daripada segi akhlak(agama) dan juga akademik.
  • Melahirkan mahasiswa generasi Al-Quran yang mampu untuk menguasai bahasa utama dunia seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan bahasa-bahasa yang lain.
  • Melahirkan mahasiswa/mahasiswi UPSI yang mampu mempraktikkan unsur-unsur ajaran agama dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
asdw asdw