(Hari Ke-5) Jelajah Perkongsian Modul Ulul Albab Ke Sekolah Tahfiz Modul Ulul Albab (TMUA) Oleh Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI(KSUA)

(HARI KE-5)
JELAJAH PERKONGSIAN MODUL ULUL ALBAB KE SBPI SELANDAR, MELAKA OLEH KELAB SAHABAT ULUL ALBAB UPSI(KSUA)

Tarikh: 23 Ogos 2019 (Jumaat)
Masa: 2.15 ptg-5.15 ptg
Tempat: SBPI Selandar, Melaka

Alhamdulillah, siri jelajah sekolah kelima dalam sesi Perkongsian Modul Ulul Albab di Melaka telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Seramai 115 pelajar Tingkatan 1 telah mengikuti program selama tiga jam iaitu pada 2:15 sehingga 5:15 petang.

Program ini telah memberi peluang kepada peserta-peserta untuk mengasah kemahiran insaniah seperti keyakinan diri untuk berucap di khalayak ramai. Kemahiran tersebut amat diperlukan terutamanya kepada mahasiswa/i UPSI yang bakal menjadi pendidik. Melalui program ini juga, Pusat Ulul Albab mampu memperkenalkan modul-modul Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik yang telah dihasilkan di peringkat sekolah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *