24-26 Mei 2019 | Mesyuarat Pembinaan Rubrik Pensijilan Profesional Ulul Albab (Peringkat Asas, Pertengahan & Lanjutan)
Mesyuarat ini diadakan bagi membina rubrik Pensijilan Profesional Ulul Albab supaya peserta yg mengambil program pensijilan dapat dinilai tahap penerimaan ilmu, pemahaman & kemahiran mereka dlm komponen QEI setelah menyertai program Pensijilan Profesional Ulul Albab. Seramai 23 pensyarah/kakitangan Talent Pool terlibat dlm pembinaan rubrik ini di bawah penasihatan khidmat pakar iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Othman Lebar & Prof. Madya Dr. Norlia Mat Norwani, Pengarah Bahagian Pembangunan Kualiti UPSI.