PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL ULUL ALBAB PERKASA KEMAHIRAN MAHASISWA UPSI (TAHAP ASAS) SIRI KETUJUH

Oleh: Annisa Sajidah dan Nurul Adlina

Tanjong Malim, 15 Disember 2024– Program Pensijilan Profesional Ulul Albab (Tahap Asas) anjuran Pusat Ulul Albab berlangsung pada 13 hingga 15 Disember 2024. Program ini disifatkan sebagai inisiatif penting dalam memperkasa pengetahuan dan kemahiran mahasiswa, di samping membangunkan generasi yang memiliki keseimbangan ilmu, kemahiran kreatif, kritis dan inovatif.

Program ini direka untuk meningkatkan kompetensi mahasiswa memasuki pasaran kerja melalui latihan yang diterajui oleh tenaga pengajar profesional. Seramai 36 mahasiswa terpilih, terdiri daripada pelbagai fakulti dan ahli Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) UPSI, telah menyertai program ini.

Sepanjang program, peserta akan didedahkan kepada tiga elemen utama model Ulul Albab iaitu Quranik, Ensiklopedik, dan Ijtihadik (QEI). Setiap elemen menawarkan pengisian yang unik dan saling melengkapi.

Elemen Quranik-Elemen ini bertujuan membina kefahaman mendalam mengenai ajaran Al-Quran dan Sunnah. Antara slot yang ditawarkan ialah Mukjizat Al-Quran – Memberi pencerahan tentang kebesaran Allah melalui fenomena alam seperti penciptaan langit, bumi, dan kitaran air, yang memperkukuh iman serta memupuk minat terhadap sains dan teknologi.Slot Deen Assalam iaitu Mengupas makna Islam melalui integrasi iman, Islam, dan ihsan untuk memahami nilai Islam dalam kehidupanDanSaintifik Al-Quran yang membincangkan fakta sains dalam Al-Quran, baik yang telah terbukti mahupun yang masih dikaji secara saintifik.

Elemen Ensiklopedik, modul yang mengasah bakat komunikasi, penguasaan ilmu pelbagai bidang dan kemahiran, Bahasa Open Mind’s Eye seperti mengajar kemahiran mengingat menggunakan teknik memori bagi meningkatkan keupayaan belajar. Slot Membaca Susah Nak Faham? Mendedahkan peserta kepada teknik membaca serta mengambil nota untuk meningkatkan daya kreatif dan inovatif manakala slot Communication and Personal Branding adalah memberi latihan komunikasi efektif dan cara membina jenama peribadi profesional untuk mendepani dunia pekerjaan.

Elemen Ijtihadik yang berteraskan penyelesaian masalah dengan kreativiti dan inovasi, merangkumi slot seperti menjelaskan cara otak berfungsi dalam mencetuskan pemikiran kreatif dan positif. Brain-mind Working dan Konsep Otak Tengah adalah cara pemahaman tentang kelebihan otak tengah dan cara mengaktifkannya manakala Konsep Pemikiran Hati adalah cara melatih peserta mengenal pasti nilai potensi diri berdasarkan prinsip ‘Multiple Intelligence.’

Program ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman, antaranya Dr. Samsuddin, Dr. Fatimah, Mohamad Khairul Azman Ajuhary, Dr. Abu Zarrin Selamat, Dr. Sayed dan ramai lagi. Program ini diyakini mampu melahirkan mahasiswa yang cekap mengaplikasi prinsip QEI dalam pengurusan diri, komunikasi efektif, serta bekerja dalam pasukan secara produktif. Peserta juga diharap dapat memanfaatkan kemahiran ini dalam mencapai kejayaan akademik dan kerjaya kelak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *