Program Sangkutan Ulul Albab Peringkat Ketiga Kohort 3 (P3K3) di Universiti Fatoni Yala, Thailand & Sekolah Menengah Wunthong Wittaya, Krabi Thailand

Diari Aktiviti (P3K3) | Universiti Fatoni, Patani , Thailand.

Hari : Isnin
Tarikh :24/6/2019
Slot : Solat Subuh & Kuliah Subuh
Tempat : Masjid Haramain
Waktu : 4.30 a.m – 5.45 a.m

Pengisian :

Kuliah Tafsir Al-Qur’an Surah Al-Mu’minuun (Orang-orang Yang Beriman)

(1)Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (2) (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.

Firman Allah, (1)(“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman”)
maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan, serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat berikut ini, (2)(“Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.”)

(“Orang-orang yang khusyuk”) iaitu orang-orang yang takut lagi penuh ketenangan.” Dari ‘Ali bin Abi Thalib ra: “Yang dimaksud dengan khusyuk di sini adalah kekhusyukan hati.”

Seterusnya, perkongsian berkaitan dengan 7 golongan yang akan dilindungi oleh Allah di bawah ‘arasy-Nya kelak.

Salah satunya ada orang yang hatinya selalu terkait kepada masjid.

Apabila ada orang yang hatinya selalu terkait kepada Allah, meskipun jasadnya tidak berada di masjid, tapi hatinya sentiasa berfikir bagaimana cara memakmurkan masjid, maka orang yang seperti itulah yang mendapat naungan dari Allah nanti.

Hari : Isnin
Tarikh :24/6/2019
Slot : Perasmian Pembukaan Program Sangkutan Ulul Albab Peringkat 3, Kohort 3 (P3K3)
Tempat : Dewan Ibnu Khuthaibah dan Bangunan Diraja
Waktu : 8.30 a.m – 10.30 a.m

Tetamu :
i) Ustaz Tarmizi bin Abdul Rahman , pegawai pengiring P3K3
ii) Dr Shakree, Dekan Fakulti Pendidikan FTU
iii) Encik Mohd Rosli, Timbalan Fakulti Pendidikan
iv) Barisan pegawai Ulul Albab serta para pengiring

Pengisian:

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan kepada barisan tetamu yang hadir daripada pengacara majlis, saudara Mirza dan bacaan surah Al-Fatihah.

Seterusnya pengacara menjemput Dekan FTU, Dr Shakree bagi memberikan ucapan beliau.

Beliau mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada semua yang telah terpilih untuk berada dalam Program Sangkutan Ke-3 Kohort 3 ini. Malah beliau turut menerangkan beberapa program berkaitan Universiti Fatoni dan program yang akan dijalankan oleh peserta. Terdapat beberapa perkara yang di sentuh oleh beliau iaitu:

i) Falsafah yang digunakan dalam mendidik pelajar.
ii) Pembentukan Islam dalam setiap muslim
iii) Aktivitu CSR Tadabur Alam ke Bangpu Dar Ta’awoon.
iv)Memperkenalkan Fakulti Pendidikan Universiti Fatoni
v) Berkongsi mengenali budaya yang diamalkan di universiti ini.

Majlis kemudian menjemput pegawai pengiring P3K3, Ustaz Tarmizi untuk memberikan ucapan. Antara intipati ucapan beliau termasuklah:

i)Pelaksanaan program Ulul Albab di UPSI yang mana Ulul Albab bemula dari sekolah menengah dan UPSI merupakan universiti pertama yang menubuhkan Pusat Ulul Albab.

ii) Beliau juga membincangkan 6 syarat untuk untuk menuntut ilmu.

1. Kecerdasan
2. Kemahuan
3. Sabar
4. Biaya
5. Petunjuk (bimbingan guru)
6. Sepanjang masa

Akhir kalam, Ustaz Tarmizi mengingatkan kepada semua peserta P3K3 agar menjalankan misi yang belum tercapai.

Program diakhiri dengan nyanyian lagu Universiti Fatoni.

Hari : Isnin
Tarikh :24/6/2019
Slot : Kelas Bahasa Thailand Siri 1
Tempat : Dewan Ibnu Khuthaibah
Waktu : 2.30 p.m – 4.30 p.m

Pengisian :

Pembelajaran Bahasa Thailand Siri 1 dikendalikan oleh saudara Amiruddin bin Haji Saleh dan dibantu oleh rakan-rakannya.

Hari : Selasa
Tarikh : 25/6/2019
Slot : Kuliah subuh
Tempat : Masjid Haramain
Waktu: 5.30 a.m – 6.00 a.m

Tazkirah subuh dilakukan seusai selesainya solat subuh. Penceramah berkongsi nasihat supaya mahasiswa/i menuntut ilmu kerana Allah supaya dapat membantu agama Allah.

Seterusnya, penceramah ada menyebutkan kita haruslah belajar niat kerana Allah. Kita juga perlulah belajar untuk diri kita. Kita perlu memilih sendiri bidang yang kita minat dan tidak bergantung kepada pilihan sesiapa termasuk ibu bapa. Penceramah juga menerangkan bahawa tidak seharusnya bidang agama sahaja boleh membantu agama malah bidang IT sekalipun boleh digunakan untuk bantu agama.

Hari : Selasa
Tarikh : 25/6/2019
Slot: Kelas Bahasa Thailand Siri 2
Tempat : Dewan Ibnu Khuthaibah
Waktu : 8.00 a.m – 10.00 a.m

Pengisian :

Kelas dimulakan dengan mengulangkaji pelajaran yang lepas iaitu nombor dan pengenalan diri serta nada bunyi.

Kali ini, peserta diperkenalkan dengan huruf vokal iaitu cara menyebut dan menulisnya dalam bahasa Thailand. Terdapat 21 huruf vokal dalam bahasa Thai kesemuanya.

Seterusnya peserta dipraktikkan dengan menggunakan huruf vokal untuk menulis perkataan Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bahasa Thailand, serta belajar menulis nama mereka sendiri dalam bahasa Thailand.

Hari : Rabu
Tarikh : 26/6/2019
Waktu: 2.30 p.m – 5.30 p.m
Slot: CSR Menanam Pokok Bakau
Tempat : Bangpu, Pattani

Pengisian:

53 peserta Ulul Albab dan beberapa pelajar Universiti Fattoni bergerak ke Bangpu. Sebelum bergerak kami telah diberi taklimat oleh pihak Amazing Tour Bangpu berkaitan keselamatan dan larangan ketika berada di atas perahu.

Sebanyak 7 buah bot disediakan oleh pengurus masjid Bangpu.

Aktiviti diteruskan dengan mencari lokan oleh sekumpulan peserta di pinggiran pokok paya bakau. Hasil dapatan yang dicari begitu banyak oleh peserta Ulul Albab.

Selepas itu kami berhenti di pondok untuk makan tengahari bersama-sama pelajar FTU.

Selesai sahaja makan, Akhir sekali kami ke destinasi seterusnya menanam pokok paya bakau di pinggiran paya, akibat cuaca tidak mengizinkan kami tergesa gesa menanam pokok paya bakau untuk pulang ke jeti.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *