Pusat Ulul Albab UPSI Perkukuh Hala Tuju dan KPI 2025 dalam Bengkel Strategik

Oleh: Alif Amirnuddin

Pahang, 11 Februari 2025 – Pusat Ulul Albab telah mengadakan Bengkel Hala Tuju, Pelan Strategik, KPI dan Penyelarasan Takwim Pusat Ulul Albab 2025 yang bertempat di Royale Chulan Chalet,  Cherating Pahang. Bengkel ini telah berlangsung dari 9 hingga 11 Februari 2025 dan disertai semua kakitangan Pusat Ulul Albab.

Pusat Ulul Albab UPSI mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Hala Tuju, Pelan Strategik dan KPI untuk diselaraskan dengan penganjuran program dan aktiviti di peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta melihat kepada keperluan membuat pelataan Objektif Kualiti dengan pengukuran KPI dan penetapan SKT kakitangan 2025 bagi mencapai Teras 3 KPI UPSI iaitu keunggulan graduan.

Objektif utama bengkel adalah untuk menetapkan hala tuju dan pelan strategik dan penetapan KPI tahun 2025 di samping menjadikan medium bagi penyelarasan takwim Pusat Ulul Albab.

Strategi dalam melaksanakan program-program teras juga dititikberatkan dengan penerangan dan taklimat yang disampaikan oleh Penyelaras 1 Pusat Ulul Albab, Dr. Tajul Rosli Shuib.

Penerangan mengenai program Perantisan Andalusian Scholars dan Pemerkasaan Penerbitan Modul oleh Dr. Samsuddin
Dr. Tajul Rosli memberi taklimat mengenai aspek utama dalam pembentukan karakter pelajar
Dr. Sakinah membentangkan Hala Tuju dam Pelan Strategik Pusat Ulul Albab 2025

Pelan dan  tindakan dalam jangka masa pendek dan panjang yang harus diselaraskan berkenaan program-program teras Pusat Ulul Albab yang menjadi teras utama dalam pembangunan pelajar, terutama pembangunan, prestasi dan potensi yang ingin dicapai dalam kalangan pelajar-pelajar khususnya dalam Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA), di samping peluang pengayaan dalam mempromosikan Ulul Albab menerusi platform media terkini.

Seterusnya, Penyelaras 2 Pusat Ulul Albab, Dr. Samsuddin Abd. Hamid di dalam taklimatnya banyak menekankan tentang pelaksanaan, pelan tindakan dan juga pemerkasaan Program Perantisan Andalusian Scholars, penerbitan modul, sistem maklumat dan inovasi pelajar.

Pengarah Pusat Ulul Albab, Dr. Sakinah Salleh, di dalam taklimatnya telah menetap dan meletakkan hasrat dan hala tuju Pusat Ulul Albab dengan berfokuskan 3 elemen utama iaitu Caliph Superb, Global Consultancy of Ulul Albab dan ’Integrated Curriculum’.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *