(Hari Ke-4) Jelajah Perkongsian Modul Ulul Albab Ke Sekolah Tahfiz Modul Ulul Albab (TMUA) Oleh Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI(KSUA)

(HARI KE-4)
JELAJAH PERKONGSIAN MODUL ULUL ALBAB KE SMK AGAMA DATO HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL OLEH KELAB SAHABAT ULUL ALBAB UPSI(KSUA)

Tarikh: 22 Ogos 2019 (Khamis)
Masa: 2.15 ptg-5.15 ptg
Tempat: SMKA Dato Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas, Negeri Sembilan

Alhamdulillah, siri jelajah sekolah keempat dalam sesi Perkongsian Modul Ulul Albab di Pedas, Negeri Sembilan telah berjaya dijalankan dengan lancar. Seramai 85 pelajar Tingkatan 1 telah mengikuti program selama tiga jam iaitu pada 2:15 sehingga 5:15 petang.

Program Jelajah Ulul Albab ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan lagi Pusat Ulul Albab disamping secara tidak langsung memupuk keyakinan kepada peserta dalam pembawaan modul-modul Ulul Albab. Melalui program ini pelajar di sekolah-sekolah Ulul Albab dapat memahami lagi secara lebih mendalam elemen-elemen yang terkandung dalam perlaksanaan Ulul Albab di Malaysia dengan lebih jelas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asdw