(Hari Ke-6) Jelajah Perkongsian Modul Ulul Albab Ke Sekolah Tahfiz Modul Ulul Albab (TMUA) Oleh Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI(KSUA)

(HARI KE-6)
JELAJAH PERKONGSIAN MODUL ULUL ALBAB KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG OLEH KELAB SAHABAT ULUL ALBAB UPSI(KSUA)

Tarikh: 24 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa: 9:30 pagi-1:00 ptg
Tempat: SBPI Rawang, Selangor

Syukur Alhamdulillah akhirnya Program Jelajah Ulul Albab berjaya dilaksanakan bagi keenam-enam sekolah. Jelajah sekolah terakhir dalam sesi Perkongsian Modul Ulul Albab tamat di sekolah SBPI Rawang. Seramai 91 pelajar Tingkatan 1 telah mengikuti program selama tiga jam iaitu pada 9:30 sehingga 1:00 petang.

Program seperti ini perlu diteruskan lagi pada masa hadapan berikutan impak yang besar dilihat kepada ahli Kelab Sahabat Ulul Albab yang menyertai terutamanya dalam cara bagi menarik perhatian pendengar dalam sesebuah program mahupun majlis. Program ini juga telah mampu memberikan peluang kepada Pusat Ulul Albab memasarkan modul-modul yang telah dikumpulkan sepanjang penubuhan pusat terbabit iaitu modul Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asdw