Jelajah Perkongsian Modul Ulul ALbab Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab Dan Forum Di Surau Mualim, Desa Guru, Jalan Sultan Tengah, Kuching Oleh Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI(KSUA)

JELAJAH PERKONGSIAN MODUL ULUL ALBAB KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB DAN FORUM DI SURAU MUALLIM, DESA GURU, JALAN SULTAN TENGAH, KUCHING OLEH KELAB SAHABAT ULUL ALBAB UPSI(KSUA)

Masa: 9:00 pagi-12:00 tengahari
Tempat: SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab

Syukur Alhamdulillah akhirnya Program Jelajah Ulul Albab berjaya dilaksanakan bagi sekolah SMKA SHOAW pada sesi pagi hingga tengahari. Seramai lebih kurang 400 pelajar Tingkatan 1 hingga 3 telah mengikuti program selama tiga jam iaitu pada 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Peserta Ulul Albab telah berkongsi modul daripada slot Quranik Saintifik iaitu Amazing Quran dan satu lagi perkongsian ialah daripada modul Anda Berhak Hebat (ABAH).

Program ini juga telah mampu memberikan peluang kepada Pusat Ulul Albab memasarkan modul-modul yang telah dikumpulkan sepanjang penubuhan pusat terbabit iaitu modul Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Masa : 6:00 ptg – 9:00mlm
Tempat : Surau Muallimin, Desa Guru, Jalan Sultan Tengah, Kuching

Peserta Ulul Albab diberi peluang untuk menjalankan Forum di Surau Muallimin, Desa Guru yang terdiri daripada tiga orang Panel dan seorang moderator. Tajuk forum tersebut ialah Nabi Muhammad, Kekasih Allah yang di langsung kan selepas solat maghrib berjemaah di surau. Forum ini turut dihadiri oleh penduduk tempatan dan kakitangan kerajaan yang dianggarkan lebih kurang seramai 60 orang kariah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asdw