Jelajah Ulul Albab-Imtiaz Melaka

JELAJAH ULUL ALBAB-IMTIAZ MELAKA

Tempat: SM Imtiaz Ulul Albab Melaka, Masjid Tanah.
Hari: Sabtu
Tarikh: 9 November 2019
Masa: 11 Pagi

Syukur Alhamdulillah program jelajah Ulul Albab anjuran Pusat Ulul Albab (PUA) dengan kerjasama Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) di sekolah yang ke-8 ini telah berlangsung dengan jayanya dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Pada jelajah kali ini, pihak PUA dan KeSUA membawa empat modul iaitu:

1. Modul Motivasi Akademik, Akhlak & Adab
2. Modul Quranik, Ensaiklopedik, & Ijtihadik
3. Modul Motivasi Kepimpinan
4. Modul Motivasi Pelajar Cemerlang

Peserta yang terdiri daripada murid tingkatan satu sehingga empat kelihatan sungguh bersemangat semasa program dijalankan dan memberikan pengalaman baharu kepada ahli KeSUA sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik.

Program Jelajah Ulul Albab ini semestinya akan dianjurkan lagi di sekolah-sekolah pilihan yang belum dijejaki di seluruh Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asdw