Program Amal Bakti Kampung Temong, Sarawak Oleh Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI (KSUA) Dengan Kerjasama Pusat Bimbingan Wanita Nur Hikmah

PROGRAM AMAL BAKTI KAMPUNG TEMONG, SARAWAK OLEH KELAB SAHABAT ULUL ALBAB UPSI (KSUA) DENGAN KERJASAMA PUSAT BIMBINGAN WANITA NUR HIKMAH

Masa: 10.30 pagi – 03.30 tengahari
Tempat: Kampung Darul Falah, Temong, Tebedu, Sarawak

 

Syukur Alhamdulillah program Amal Bakti di Kampung Darul Falah Temong, Telebu berjalan dengan lancar. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam dari bandar Kuching. Program Amal Bakti dengan kerjasama Pusat Bimbingan Wanita Nur Hikmah melibatkan 150 orang penduduk Kg Darul Falah Temong dan kg yang berdekatan.

Beberapa aktiviti telah dirancang bersama penduduk kg dan anak-anak mereka seperti tazkirah bagi ibubapa dan disampaikan oleh sahabat Ulul Albab yang bertajuk ‘Istiqomah’ dan ‘Syukur Bukan Sekadar Ucapan’.

Slot bersama 40 orang kanak-kanak diadakan didewan tertutup dan mereka didedahkan tentang Asmaul Husna dan Kisah-kisah Nabi. Seterusnya juga dilaksanakan Program Silang Budaya pelajar UPSI dan penduduk Kampung iaitu cara memasak Ayam Pansoh
dan Kuih Tradisional Temong.

Kehadiran kami disambut dengan baik sekali oleh penduduk kampung dan diharapkan semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asdw