Program Sangkutan Ulul Albab Peringkat Ketiga Kohort 3 (P3K3) Jejak Ilmu di Universiti Ar-Raniry & Mesjid Oman Lampriek, Banda Aceh, Aceh Indonesia

BINGKISAN ILMU DI BUMI SERAMBI MEKAH
HARI PERTAMA
HARI: AHAD
TARIKH: 23 JUN 2019

Slot: Perjalanan Ke Universitas Syiah Kuala (Unsyiah), Banda Aceh
Tempat: Kuala Lumpur International Airport 2 ke Sultan Iskandar Muda International Airport
Masa: 6.00 AM – 11.30 AM

Perjalanan ke KLIA2 seawal jam 6:00 pagi dan penerbangan ke Banda Aceh ialah pada jam 10:10 pagi. Delegasi tiba di Sultan Iskandar Muda International Airport pada jam 11:30 pagi mengikut waktu Malaysia. Ketibaan disambut oleh wakil UNSYIAH, iaitu saudara Muhandis habiburrahman dan Encik Radzi.

Slot: Acara Pembukaan Perasmian
Tempat: Kantor Pusat Administrasi Universitas Syiah Kuala (Unsyiah), Banda Aceh
Masa: 11.30 AM – 1.00 PM

Slot ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan penerangan berkaitan UNSYIAH daripada Dr. Hizir Sofian yang merupakan Vice Rectore ke-4 UNSYIAH. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pengarah Pusat Ulul Albab UPSI, Ustaz Wan Ahmad Zikri dan tayangan video berkaitan UNSYIAH dan Pusat Ulul Albab UPSI. Majlis selanjutnya diserikan lagi dengan sesi pemberian dan pertukaran cenderahati oleh kedua-dua belah pihak dan disusuli dengan sesi bergambar.

 

Slot: Lawatan Ke Masjid Raya Baiturrahman
Tempat: Masjid Raya Baiturrahman
Masa: 5.00 PM – 8.00PM

Jam 5:00 petang delegasi di bawa ke Masjid Raya Baiturrahman bagi melihat mengamati keindahan seni bina masjid dan menunaikan solat maghrib secara berjemaah di sana. Masjid ini telah dibina pada tahun 1612. Masjid Raya Baitulrahman terletak di tengah-tengah Banda Aceh. Masjid ini turut mencatat sejarah tersendiri , lambang keagungan tuhan Azzawajala apabila terselamat semasa dilanda tragedi tsunami pada tahun 2004.

_______________________________________________________________________________________________________

JEJAK ILMU DI BUMI “SERAMBI MEKAH”
HARI KEDUA
HARI: ISNIN
TARIKH: 24 JUN 2019

Slot: Halaqah Al-Quran / Tazkirah Subuh
Tempat: Masjid Jamik Unsyiah (Un-Syah)
Masa: 5.30 AM – 5.45 AM

Solat Subuh berjemaah di Masjid Unsyiah dan tazkirah pendek di sampaikan oleh Cik Syafiqah Nabilah dan Cik Maisarah (ahli kelab sahabat UA) bertajuk kebergantungan seseorang terhadap Allah SWT.

Saat kita mengambil keputusan untuk bersandar kepada Allah, ianya bererti menyerahkan segala hal kehidupan kepada Nya. Tambahan lagi, kebergantungan kepada Allah ini bukan hanya datang pada saat getir malah , saat bahagia juga. Apabila kita yakin dengan Allah, maka tiada apa yang mustahil.

Bagi pelajar lelaki pula, mereka mentadabbur surah Al- Kafirun.

 

Slot: Menonton Film Cut Nyak Dhien
Tempat: Perpustakaan Unsyiah (Un-Syah)
Masa: 11.00 PM – 12.30 PM

Slot kedua adalah tayangan video yang bertajuk Cut Nyak Dhien. Video tersebut menceritakan tentang perjuangan gigih seorang wanita berasal dari Aceh yang bernama Cut Nyak Dien. Cut Nyak Dien dan teman-teman seperjuangannya melawan tentera Belanda yang menduduki Aceh di kala zaman penjajahan Belanda di wilayah nusantara. Perang antara rakyat Aceh dan tentera Kerajaan Belanda ini menjadi perang terpanjang dalam sejarah kolonial Hindia Belanda.

 


Slot: Al-Quran Dan Sains
Tempat: Perpustakaan Unsyiah (Un-Syah)
Masa: 2.00 PM – 4.00 PM

Slot al-Quran dan Sains telah disampaiakn oleh pengisian dimulakan Prof Dr Mustanir. Beliau menerangkan mengenai al-Quran yang sangat berkait rapat dengan sains. Malah, Al-Quran dan juga sains tidak dapat dipisahkan serta mempelajari ilmu sains dapat mendekatkan diri seseorang hamba bersama Penciptanya.

Beliau juga turut berkongsi, dalam Islam saintifik suatu perkara yang harus dipelajari. Antara tips yang diberi oleh Prof, sekurang-kurangnya membaca 1 juzu’ 1 hari sebagai amalan harian kerana Al-Quran merupakan panduan hidup serta dapat menghidupkan hati umat Islam. Dalam pada itu, manusia dijadikan di muka bumi ini sebagai seorang khalifah dan hamba kepada Penciptanya.

Prinsip kajian saintifik berdasarkan al-Quran adalah Afala ta’qilun, Afala yatadabbarun, Afala tatafakkarun, Afala ta’lamun, Afala tandzurun, Afala yafqahun. Selain itu, al-Quran mempunyai 2 jenis ayat iaitu qauliyah dan kauniyah tetapi prof lebih menekankan ayat kauniyah yang menerangkan ayat yang mempunyai makna yang tersirat yang mana membuktikan lagi kebenaran al-Quran. Akhir sekali, prof menekankan betapa pentingnya membaca dalam memajukan pemikiran sejajar dengan ayat pertama yang diturunkan iaitu dalam surah al-A’laq ayat yang menyeru untuk ‘membaca’.

_______________________________________________________________________________________________________

HARI KETIGA
HARI: SELASA
TARIKH: 25 JUN 2019
*Slot: Materi Kreativiti dan Inovasi 1*
Tempat: Perpustakaan Unsyiah (Un-Syah)
Masa: 8.30 AM – 11.00 AM

Sesi perkongsian disampaikan oleh Syardani M Syarif atau lebih dikenali Teungku Jamaica. Beliau adalah pencetus idea untuk menginovasikan perusahaan tiram kepada penduduk tempatan dengan menggunakan tayar. Inovasi ini mula diperkenalkan pada tahun 2015.

Tiram boleh dijumpai di alur (lebih kecil dri sungai), payau, berlumpur, licin. Habitat tiram ini hanya boleh hidup di air laut (air masin). Kegiatan ini menjadi antara sumber mata pencarian penduduk di Aceh.

Zaman dahulu, penduduk di sini menggunakan cara tradsional iaitu cara tiram alami. Mereka terpaksa turun ke alur di mana paras airnya mencecah bahu dan mengumpul tiram. Cara ini kurang efektif dan lebih berisiko kerana kegiatan ini dilakukan oleh semua peringkat tidak kira remaja mahupun warga emas. Ketika mereka mencari tiram, risiko untuk mendapat kecederaan itu agak tinggi kerana tiram ini menempel di batu-batu besar berdekatan yang tajam.

Setelah berlakunya inovasi ini iaitu tiram budidaya, risiko-risiko ini dapat dikurangkan. Caranya mereka menggunakan paip yang disambung dengan simen, kemudian ambil tayar terbuang lalu dipotong kepada separuh bahagian. Tayar tersebut akan digantung kepada paip tadi dan tiram akan mula menempel pada tayar tersebut. Setelah 6 bulan berlalu, pengusaha akan pungut kesemua tiram dengan tujuan untuk dijual atau dimakan oleh penduduk tempatan sendiri. Lagi lama masa yang diambil untuk dipungut lagi besar tiram itu dan harganya akan menjadi lebih mahal. Kalau dikelola secara professional, perusahaan tiram dapat dijadikan sebagai sumber ekonomi yang besar bagi masyarakat Aceh terutama bagi warga pesisir.

Antara kebaikan tiram dalam pemulihan terumbu karang:
– Setiap satu tiram itu boleh membersihkan air sebanyak 50 gallon atau bersamaan dgn 189 litre air sehari
– Meningkatkan kualiti air
– Menyediakan makanan dan habitat kepada pelbagai jenis ikan, udang, ketam dan burung
– Mampu mengurangkan tahap keasidan dalam laut
– Mencegah hakisan
– Memberi faedah dari segi keuntungan dalam urusan jual beli

Slot: Materi Kreativiti dan Inovasi 2
Tempat: Perpustakaan UNSYIAH (Un-Syah)
Masa: 11.00 am – 12.30 pm

Kuliah ini telah disampaikan oleh Encik Edi Fadhil, seorang Pegawai Badan Pembangunan Daerah Aceh yang merupakan pembangun Rumah Dhuafa melalui platform media sosial iaitu ‘Facebook’. Hal ini kerana bagi beliau ‘Facebook’ merupakan bukan sahaja tempat untuk masyarakat berkongsi gambar-gambar atau video-video mereka malah boleh juga digunakan sebagai tempat untuk menyalurkan pertolongan kepada orang lain. Antara program yang dijalankan oleh Program Pembangunan Rumah Dhuafa ialah Biasiswa Pelajar, Modal Usaha, Pendirian Sekolah, Pendampingan Kesihatan dan Rumah Singgah. Beliau memulakan program kerja sosial ini pada bulan Jun 2015 dan kini sudah lebih 60 buah rumah yang sudah dibina hasil daripada sumbangan masyarakat prihatin Indonesia.

Melalui media sosial tersebut beliau telah menguar-uarkan tentang keadaan sesebuah rumah atau sekolah yang mengalami kemiskinan dan memerlukan sebarang bantuan. Sebagai contoh, rumah yang hampir roboh atau beratapkan plastik dan rumah yang tidak kukuh. Kemudian beliau mendapat respon daripada ramai pihak yang ingin menyumbangkan dana kepada mereka yang layak menerima bantuan ini. Menurut Encik Edi, pengumpulan dana yang paling cepat adalah 10 jam, dengn kutipan 65 juta rupiah. Paling lambat dalam tempoh satu ke dua bulan. Namun begitu, beliau tidak menangguhkan kerja membina rumah atau sekolah tersebut sehingga dana yang diperlukan itu mencukupi malah beliau terus menggerakkan sukarelawan dibawahnya dengan bergantung harap serta tawakal yang tinggi bahawa Allah akan membantu mereka yang memudahkan urusan orang lain.

Beliau mendapat kepercayaan daripada orang ramai untuk menjalankan setiap program kerana setiap program yang dijalankan akan dikongsikan di dalam ‘Facebook’ milik beliau. Beliau juga akan mengenalpasti siapa yang layak dibantu melalui setiap laporan yang diterima melalui orang awam tentang kemiskinan yang dialami oleh warga Indonesia. Mereka akan pilih tahap kemiskinan yang paling rendah dan juga aset-aset yang ada pada orang tersebut. Bagi beliau bahawa setiap orang berhak mendapat kebahagiaan dan kebahagiaan itu perlu dikongsi bersama.

Slot: Bahasa Arab
Tempat: Perpustakaan UNSYIAH (Un-Syah)
Masa: 2.00 pm – 4.00 pm

Slot Bahasa Arab telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Azman Ismail. Beliau menerangkan tentang bagaimana belajar bahasa arab dengan mudah. Beliau memulakan pembelajaran dengan pengenalan nama-nama peserta terlebih dahulu. Beliau memberitahu bahasa arab ini berbeza dengan bahasa Melayu. Sebagai contoh, dari segi perkataan dia membawa maksud yang sama dalam bahasa Melayu manakala perkataan ‘هو’ membawa maksud ‘dia’.

Seterusnya, beliau mengajar kepada peserta bagaimana penggunaan tatabahasa yang betul dalam penulisan. Pada masa yang sama, peserta juga didedahkan kaedah untuk membuat ayat yang mudah serta senang difahami. Oleh itu, penulisan ayat yang mudah juga penting kepada peserta yang baru sahaja berjinak-jinak untuk mempelajari bahasa arab ini. Hakikatnya, bagi peserta yang baru hendak mempelajarinya perlu mengetahui perkataan-perkataan yang mudah untuk difahaminya.

Seterusnya, beliau memilih peserta secara rawak untuk membaca ayat yang tertera di papan putih dengan mahkraj yang sempurna. Namun, sebagai selingan beliau mengajar peserta sedemikian perkataan dalam bahasa Aceh.

_______________________________________________________________________________________________________

JEJAK ILMU DI BUMI “SERAMBI MEKAH”
HARI KEEMPAT
HARI: RABU
TARIKH: 26 JUN 2019
Slot : Solat Subuh dan Tazkirah/ Tadabbur Al-Quran
Tempat : Masjid Jamek Un-Syiah (Un-Syah)
Masa: 5.00-6.30am

Pada jam 5 pagi, peserta bergerak ke masjid Jamek untuk melakukan solat subuh secara berjemaah. Setelah selesai solat, peserta perempuan melakukan sesi perkongsian yang bertajuk hijrah dalam kehidupan.

Dalam kehidupan seharian kita juga ada juga berlaku penghijrahan. Sebagai contoh, berhijrah untuk meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah. Seterusnya, perkongsian yang bertajuk ego. Dalam diri masing-masing juga terdapat ego. Akan tetapi masing-masing perlu merendahkan ego. Sebagai contoh, kisah Nabi SAW dan Siti Safiyyah dalam satu peperangan. Walau bagaimanapun, kita perlu merendahkan ego untuk mengelakkan daripada berlaku persengketaan. Selanjutnya, perkongsian yang bertajuk “fitnah”. Dengan fitnah juga maruah akan tercalar. Maka dosa orang yang berfitnah adalah lagi teruk daripada orang membunuh. Justeru, sekiranya kita dapat sesuatu perkara berita hendaklah diselidik terlebih dahulu sebelum disebarkan.

Bagi pelajar lelaki pula, sesi tadabbur ayat tentang surah al-Qariah. Surah ini mengisahkan tentang kejadian-kejadian pada hari kiamat, yaitu manusia bertebaran, gunung berhamburan, amal perbuatan manusia ditimbang dan ancaman Neraka Hawiyah. Akhir sekali, tazkirah ditutup dengan bacaan doa rabithah.

Slot: Praktek Masyarakat Budidaya Tiram
Tempat: Alu Naga
Masa: 8.00 am – 1.00 tengahari

Sesi pembenihan tiram telah dijalankan di kampung Alu Naga, Banda Aceh. Sesi ini dikendalikan oleh Syardani M Syarif atau lebih dikenali sebagai Teungku Jamaica bersama rakannya Teuku Murdani. Teuku Murdani merupakan pelajar dari salah satu universiti di Australia.

Nama kampung “Alu Naga” yang membawa maksud tempat naga. Di mana mitos mengatakan bahawa di sini tempat singgahnya naga. Mengapa perlu kita mengetahui berkenaan tiram? Hal ini kerana, tiram merupakan sumber pencarian utama di negara Aceh. Menurut Teungku Jamaica, tiram diternak dengan 3 cara iaitu melalui tayar, batang kayu dan juga pada batu. Penempelan tiram akan terhasil dalam masa sebulan. Menurut beliau juga, dalam menternak tiram ini terdapat satu risiko. Risikonya adalah apabila turunnya hujan dalam jangka masa yang panjang dan menyebabkan takungan air. Oleh itu, pembiakan tiram akan terjejas. Para peserta diberi peluang membina rumah tiram bersama orang kampung Alu Naga. Kemudian, para peserta menurunkan rumah tiram tersebut ke dalam waduk bersama-sama orang kampung

Konklusi, sesi ini memberi peluang para peserta menimba pengalaman serta ilmu pengetahuan berkaitan cara penternakan tiram dan pembuatan rumah tiram. Selain itu, sesi ini juga dapat meningkatkan kesedaran berkaitan usaha masyarakat dalam mencari rezeki.

 

Slot: Kelas Materi Penawar Bagi Hati
Tempat: Perpustakaan UNSYIAH (Un-Syah)
Masa: 2.30 pm – 5.00 pm

Kelas Materi Penawar bagi Hati yang dijalankan pada 2.30 petang di perpustakaan Universitas Syiah Kuala ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Yusni Sabi yang merupakan bekas Timbalan Canselor di Universiti Ar-Raniry Aceh,Indonesia.

Terdapat satu ayat yang manjadi pembukaan oleh Prof Dr Yusni Sabi “Where you are,I was,Where I am,you will be”. Prof Dr Yusni Sabi mengeluarkan dan menanyakan apakah yang dimaksudkan oleh ayat tersebut. Salah seorang daripada peserta iaitu Azmi menjawab persoalan Prof Dr Yusni Sabi dengan jawapan sebagaimana peserta sekarang ini duduk di dalam kelas sebagai pelajar,prof juga pernah duduk sebagai pelajar pada masa dahulu,dan sebagaimana prof berdiri di hadapan sebagai seorang Profesor,tidak mustahil untuk semua peserta menjadi seorang yang hebat juga pada masa hadapan. Namun terdapat persoalan di mana adakah kesemua peserta mampu menjadi sepertinya.Oleh yang demikian, beliau memberikan tips-tips untuk cemerlang di samping menjaga imej sebagai umat Islam.

Seterusnya,Prof Dr Yusni Sabi juga ada menyebut sikap-sikap mulia utama yang perlu dijalankan oleh orang-orang Muslim.Antara sikap-sikap mulia yang perlu dijalankan oleh orang Muslim antaranya adalah jujur, amanah, bersih, disiplin, bekerja keras dan bersatu padu.Sikap-sikap ini adalah penawar yang diperlukan oleh seorang Muslim supaya lebih maju dan berkembang seperti zaman-zaman kegemilangan Islam terdahulu.Beliau banyak mengaitkan dengan negara-negara Timur yang maju seperti Singapura, Jepun,Korea dan China di mana bahawa negara-negara tersebut semua dapat lihat sebagai negara maju dan berkembang dengan pesat pada masa kini.Negara-negara ini dapat dilihat bahawa sikapnya yang sama atau seakan sama dengan sikap-sikap mulia yang dikatakan oleh Prof Dr Yusni Sabi.Hal inilah yang memberi kesan kemajuan kepada negara-negara tersebut.Walhal di nagara-negara Islam,Prof Dr Yusni Sabi mengatakan bahawa umat Islam masih tidak berkembang maju kerana umat Islam sendiri bermusuhan Muslim sesama Muslim di mana peserta dapat lihat sekarang sebagai contoh golongan Syiah dan golongan Ahli Sunnah wal Jamaah sendiri bermusuhan dan bergaduhan satu sama lain.Manakala, agama lain seperti Kristian tidak pernah bermusuhan sesama mereka pada masa kini dan oleh sebab itu mereka dapat memajukan negara dengan lebih maju.

Pada slot yang kedua pula materi kelas Penawar Hati diadakan sesi soal jawab dan perkongsian antara Prof Dr Yusni Sabi dan antara peserta-peserta.Prof Dr Yusni Sabi berkongsi cerita mengenai pengalamannya berjalan dan melancong ke luar negara.Beliau mengatakan bahawa banyak berjalan luas pemandangan di mana beliau bercerita kepada peserta supaya untuk melancong dan berjalan supaya peserta boleh mengenal dan memahami dengan lebih lanjut budaya-budaya dan mazhab yang terdapat di pelbagai negara terutamanya negara-negara Islam.

SLOT : Program Soleh English
Tempat: SD 65 Percontohan Banda Aceh
Masa: 8.00 a.m – 1.00 p.m

Slot Soleh English dimulakan dengan acara perasmian yang disempurnakan oleh pengetua sekolah iaitu Encik Bakhtiar SPD MPD. Seterusnya, acara pertukaran cenderamata dari pihak UPSI kepada sekolah tersebut.

Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang peserta UPSI dan 40 orang pelajar sekolah. Modul Soleh English telah dimulai dengan bacaan ikrar, doa dan tiga buah misi yang perlu diajar dalam bentuk lagu.

Misi yang pertama ialah lagu “Hello How Are You”, Manakala yang kedua ialah ” Sorry-Sorry Excuse Me” dan lagu yang ketiga ialah ” Where Are You Going”. Para pelajar memberikan respon yang positif terhadap lagu yang diajar dan mereka sangat gembira.

Program soleh english memberi impak yang positif pada para peserta. Selain itu, program ini juga dapat menambahkan keyakinan diri supaya para peserta lebih berani dan yakin menggunakan bahasa english pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asdw