Program Sangkutan Ulul Albab Peringkat Ketiga Kohort 3 (P3K3) , Negeri Sembilan

DIARI AKTIVITI PENEMPATAN SAHABAT ULUL ALBAB

PROGRAM SANGKUTAN PERINGKAT KETIGA MAAHAD TAHFIZ AN-NAJIHAH, NEGERI SEMBILAN
(HARI PERTAMA)

Hari : Ahad
Tarikh : 23 Jun 2019
Slot : Perjalanan menuju ke Maahad Tahfiz An-Najihah
Tempat : Tanjong Malim ke Maahad Tahfiz An-Najihah
Waktu : 9.00 am – 4.00 pm

Dengan bacaan doa menaiki kenderaan, kami memulakan perjalanan dari Tanjong Malim pada jam 9 pagi ke Maahad Tahfiz An-Najihah dengan menaiki bas UPSI. Kami tiba di Maahad Tahfiz An-Najihah (MATAN) pada jam 11 pagi. Program ini bermula pada jam 2 petang dengan sesi taklimat daripada Encik Mohd Noor Ghani, selaku pengetua MATAN bersama dengan pelajar-pelajar dan ustazah mereka. Dalam sesi taklimat bersama pengetua MATAN, kami diberi sedikit perkongsian mengenai perjalanan hidup yang tidak kekal selamanya di dunia malah ada kehidupan yang abadi di akhirat.

_______________________________________________________________________________________________________

Hari : Isnin
Tarikh : 24 Jun 2019

Slot : Pengajian Al-Quran oleh pelajar Maahad Tahfiz An-Najihah

Tempat : Surau Maahad Tahfiz An-Najihah
Waktu : 7.30 pm – 9.30 pm

Kami menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah bersama-sama pelajar Maahad Tahfiz An-Najihah. Seterusnya program diteruskan dengan bacaan kitab al-Quran. Selepas selesai bacaan, majlis ilmu diteruskan dengan sesi hafazan pelajar-pelajar MATAN. Kami dapat melihat cara mereka menghafaz quran iaitu dengan mengulangi ayat tersebut dengan berulang kali dan juga menulis ayat yang telah dihafaz di dalam buku yang telah disediakan.

Slot : Penawar bagi Hati
Tempat : Maahad Tahfiz An- Najihah
Waktu : 9.00 am – 12.00 am

Sebelum slot ‘Penawar Bagi Hati’ guru dan pelajar Maahad Tahfiz An Najihah(MATAN) membuat halaqah Quran. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan yang bersama dengan pelajar-pelajar MATAN. Dalam halaqah ini peserta diberi peluang untuk merasai pengalaman ditasmi’ sendiri oleh ustazah MATAN dan diberi peluang untuk merasai pengalaman bagaimana untuk menghafaz quran. Seterusnya peserta menunaikan solat sunat dhuha dan meneruskan slot ‘Penawar bagi Hati’ yang disampaikan oleh ustaz Khoiruddin bin Manap. Dalam slot tersebut, peserta diberi sedikit perkongsian ilmu tasawwuf bab 1 iaitu Anggota Yang Tujuh yakni anggota yang sangat mudah terdedah dengan maksiat, jadi setiap dari kita perlu untuk menjaga dengan baik anggota tersebut dalam jalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Slot : Halaqah Al-Quran
Tempat : Maahad Tahfiz An- Najihah
Waktu : 2.30 pm – 4.30 pm

Peserta meneruskan dengan slot halaqah al-quran bersama adik-adik MATAN.

Slot : Riadah: perkongsian bicara hati Asmaul Husna
Tempat : Maahad Tahfiz An- Najihah
Waktu : 5.15 pm – 5.50 pm

Selepas solat dan bacaan manzil, peserta bersama adik-adik MATAN berkumpul di kawasan luar maahad untuk membuat perkongsian bicara hati asmaul Husna yang disampaikan oleh peserta-peserta UPSI.

_______________________________________________________________________________________________________

Hari : Selasa (Ketiga)
Tarikh : 25 Jun 2019
Slot : Perhimpunan rasmi bersama adik-adik MATAN
Tempat : Surau Maahad Tahfiz An- Najihah

Waktu: 7.30 am – 8.30 am*

Kami berkumpul di surau bersama adik-adik dan asatizah MATAN. Ustazah yang bertugas memberikan laporan tugasannya pada minggu lepas. Selepas itu, Encik Mohd Noor Ghani bin Manap selaku pengetua memberi ucapan beliau. Beliau menasihati kami agar menjaga aurat sebagai muslimah dan disamping itu meningkatkan kualiti ibadah masing-masing.

Slot : Penawar bagi Hati*
Tempat : Maahad Tahfiz An- Najihah
Waktu : 10.00 am – 12.00 pm

Sebelum meneruskan slot ‘Penawar Bagi Hati’ kami bersama-sama guru dan pelajar Maahad Tahfiz An Najihah(MATAN), kami melakukan solat sunat dhuha dan meneruskan slot ‘Penawar bagi Hati’ yang disampaikan oleh Ustaz Khoiruddin. Dalam slot tersebut, kami diberi sedikit perkongsian ilmu tasawwuf bab 1 iaitu Anggota Yang Tujuh. Bersambungan dari semalam dan masih dalam tajuk yg pertama iaitu mata. Ustaz juga ada berkongsi jenis- jenis dosa dan cara bagaimana mahu menghapuskan dosa kecil dan dosa besar. Dosa ini dapat dihapuskan dengan melakukan sesuatu yang baik

Slot : Fiqh Nisa’
Tempat : Dewan Makan Maahad Tahfiz An-Najihah
Waktu : 8.00pm – 9.00pm

Slot ini meneruskan topik yang berkenaan permasalahan kaum wanita yang disampaikan oleh Ustazah Nailah yang merupakan tenaga pengajar Kelas Kitab untuk Maahad An-Najihah ini. Kitab yang menjadi rujukan sepanjang slot ini dijalankan ialah Kitab Uyunul Masa-il Linnisa. Dalam slot tersebut, kami diberi sedikit perkongsian tentang ilmu haid iaitu batas usia wanita haid. Kami juga diberi soalan untuk mempertingkat lagi kefaham kami.

_______________________________________________________________________________________________________

Hari : Rabu (Keempat)
Tarikh : 26 Jun 2019
Slot : Halaqah Quran
Tempat : Surau Maahad Tahfiz An-Najihah
Waktu : 8.30 am -10.am

Selepas menyelesaikan persiapan diri secara berjemaah, kami membuat 3 halaqah untuk menghafaz quran. Kami bergilir gilir untuk mentasmik bacaan dan hafazan masing – masing.

Slot : Slot Bersama Sahabat Ulul Albab
Tempat : Maahad Tahfiz An- Najihah
Waktu : 10.30 am – 12.30 pm

Pengisian “Slot Bersama Sahabat Ulul Albab” dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bercirikan elemen Ijtihadik. Aktiviti ini telah mengambil masa selama 1 jam 30 minit dan dikendalikan oleh 14 orang sahabat Ulul Albab. Antara aktivitinya ialah energizer, sesi motivasi, permainan uji minda dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para peserta.

Energizer
Permulaan slot ini diisi dengan sesi energizer iaitu “commit clap” dan lagu bertajuk “HambaMu” yang dikendalikan oleh Sahabat Ulul Albab sebagai fasilitator kepada para pelajar MATAN. Pengaplikasian aktiviti ini diperoleh daripada program ulul albab peringkat 2 yang sebelum ini.

Sesi motivasi
“Jadilah Satu dalam Seribu” merupakan perkongsian suntikan semangat kepada para pelajar MATAN. Kenali diri adalah aspek utama dalam perkongsian ilmu dan pengalaman melalui kata-kata pembakar semangat kepada para pelajar dalam menghadapi cabaran hidup.

Pemainan uji minda
Kesinambungan daripada aktiviti itu, aktiviti mencabar minda para pelajar bertemakan “Keteguhan dalam Kebersamaan” dilaksanakan selama 30 minit. Para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan dan mereka perlu membina atau reka bentuk binaan menggunakan straw sebagai bahan binaan utama (asas) supaya menjadi kukuh. Kemudian, kekukuhannya akan diuji oleh fasilitator. Input pelaksanaan aktiviti ini mendedahkan kepada pelajar tentang nilai kerjasama, pemikiran kritis dan kreatif serta menerapkan elemen ijtihadik.

Sesi Penyampaian hadiah
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada jam 12. 30 tengahari kepada semua pelajar MATAN dalam acara bola jaring dan aktiviti permainan uji minda.

Slot : Penawar bagi Hati
Tempat : Maahad Tahfiz An- Najihah
Waktu : 3.30 pm – 4.30 pm

Kelas petang ini merupakan kesinambungan daripada kelas sebelum ini mengenai perkongsian berkaitan ilmu tasawuf iaitu anggota yang tujuh. Kali ini kami diteruskan kepada fasal kedua iaitu telinga. Kami diterangkan mengenai faedah telinga untuk duniawi dan ukhrawi. Antara faedah duniawi ialah bersedap sedap dengan apa yang didengar dan memahami apa yang yang didengar. Manakala, faedah ukhrawi ialah mendengar Al-Quran dan Hadis Nabi serta mendengar ilmu yang bermanfaat.

.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asdw