Bengkel Penulisan Sahabat

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Penulisan Sahabat pada 22 Mei 2022 (Ahad) bertempat di Bilik Latihan Utama Blok C Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI pada 8 pagi hingga 5.30 petang.

Program ini menampilkan 2 orang panel hebat, iaitu Encik Mohd Nazmi Yaakub, Pengarang Berita (Rencana) Berita Harian dan Puan Syafiqah Abdul Khalid, Penolong Editor Tunas Cipta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk melatih ahli Kelab Sahabat Ulul Albab dalam menulis rencana, berita, artikel, laporan, puisi dan sebagainya.

Bengkel ini juga telah menyediakan satu slot khas untuk peserta menulis satu berita ringkas bagi menggilap bakat mereka.

Para peserta digalakkan untuk menghantar karya masing-masing supaya karya anda dapat dipamerkan di majalah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asdw