Forum Bicara Adi Guru “Liku-Liku Ke Puncak”

Alhamdulillah, telah berlangsung forum Bicara Adi Guru “Liku-liku ke Puncak” pada 27 April 2022 (Rabu) bertempat di dewan SITC, UPSI dengan kerjasama Pusat Islam UPSI dan Unit Integriti UPSI.
Program ini menampilkan 3 orang panel hebat, iaitu Dr. Suhaiza Mat Said, Guru Cemerlang Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu dan alumni UPSI. Seterusnya, Prof. Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris dan saudari Farhanah Sukainah, pengarah program Bicara Adi Guru. Tidak lupa juga penampilan moderator istimewa, Andy Reza yang merupakan pengacara RTM.
Forum ini merupakan satu program khas sempena sambutan 100 tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI (1922-2022) khususnya bagi Segmen Kerohanian di bawah Pusat Ulul Albab. Forum ini mengetengahkan kisah salah seorang ikon guru kelahiran UPSI yang berjaya dan cemerlang dalam dunia pendidikan di sekolah mahupun sewaktu belajar.
Selain itu, forum ini juga diselitkan dengan tayangan filem “Liku-liku ke Puncak” yang diadaptasi daripada kisah Dr. Suhaiza dengan penceritaan kisah hidupnya yang penuh dengan pelbagai rintangan untuk berjaya menjadi seorang tokoh ikon Guru Cemerlang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asdw