Kem Induksi Pembimbing Rakan Belia YADIM

Alhamdulillah pada 18 hingga 20 Februari 2022 berlangsungnya program Kem Induksi Pembimbing Rakan Belia YADIM di El Azhar Camp, Banting, Selangor.

Sepanjang program berlangsung, terdapat banyak slot pengisian ilmu yang berkaitan dengan dakwah iaitu Mehnah dan Tribulasi Dakwah, Sasaran dan Metodologi Dakwah, Pengenalan Dakwah, Uslub Nabuwiyyah dan slot perkongsian yang bertajuk Cintaku Dakwahku, Mampukah Istiqamah. Slot ini disampaikan oleh beberapa penceramah bebas iaitu IM Fakhrurrazi, PU Akram, Ustaz Naim Saadon dan Ustaz Mohd Hariri.

Semua aktiviti yang menjadi pengisian waktu semasa di kem ini berjalan dengan lancar dan berkesan. Berharap agar program sebegini diteruskan lagi dalam melatih dan memberi bimbingan kepada anak muda untuk terus menyampaikan dakwah syariat islamiyah. Semoga apa yang dipelajari sepanjang program ini dapat dikongsi bersama sahabat yang lain dan dapat dimanfaatkan kepada agama, bangsa dan negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asdw