Program Menelusuri Keindahan Budaya Islam di Dua Benua

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Menelusuri Keindahan Budaya Islam di Dua Benua pada 16 Jun 2022 (Khamis) menggunakan platform Facebook Live Pusat Ulul Albab, UPSI pada 9 malam hingga 11 malam.

Program ini menampilkan panel jemputan yang sangat hebat iaitu Saudara Izra bin Hassan
(Mahasiswa Universiti Al-Azhar Mesir) serta Saudara Wan Ahmad Fadhli bin Wan Abllah Zawawi(Mahasiswa Korea University).

Program ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam diri mahasiswa/wi UPSI berkaitan budaya Islam di luar negara serta dapat membezakan gaya hidup di dua buah negara iaitu Korea dan Mesir.

Program ini mendapat sambutan yang baik daripada mahasiswa dan jumlah tontonan program di laman Facebook Pusat Ulul Albab UPSI mencecah 110 tontonan. Program ini memberi impak yang positif kepada mahasiswa dalam mengenali perbezaan gaya hidup di negara luar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asdw