Bengkel Street Dakwah Ulul Albab Siri 1

Assalamualaikum dan salam muhibah 

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Street Dakwah selama dua hari pada 18 & 19 Jun 2022 bertempat di Plaza Pekeliling, Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada pihak Unity Global Network kerana telah memberi peluang kepada ahli Kelab Sahabat Ulul Albab untuk menyertai Bengkel Street Dakwah atau dikenali sebagai kursus Foundation & Basics of Interfaith. Kursus ini memberi pendedahan mengenai asas dan teknik-teknik berdakwah melalui ilmu perbandingan agama.

Kursus ini disampaikan oleh beberapa orang protege Bro Shah Kirit iaitu Bro Hanif Jalil, Bro Fakhrulrazi & Bro Daniel Ezral. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan daie yang lebih efektif untuk menyebarkan kesedaran dakwah kepada masyarakat awam, menyampaikan mesej-mesej Islam secara harmoni dan menjawab salah faham terhadap Islam dengan baik.

#globalunitynetwork
#unitythroughknowledge
#PusatUlulAlbab #KeSUA
#UlulAlbab #AlwaysTheBest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asdw